Thanks for Visiting

Saturday, July 28, 2012

Perindu Cinta Ilahi

AS SALAM^^

hari ni Nadh nak share pasal Rabiatul Al-Adawiyah.....



antara munajat Rabiatul ialah:


“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

source: Rabiatul Adawiyah-Perindu Cinta Ilahi

like and leave your comment

Friday, July 27, 2012

All Ladies,, ATTENTION!!!

AS SALAM^^

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

AN NUR AYAT 31





















sama same lah kita jadik Muslimah SEJATI..... =D

like and leave your comment

Thursday, July 26, 2012

Adab Puasa Bulan Ramadhan

AS SALAM^^
straight to the point.... tak membebel panjang panjang.....ramai orang sekadar berpuasa tanpa memelihara adab adabnya..... tahu takk,, puasa tanpa menjaga adab boleh dianggap sutau perkara yang sia sia..... kat sini ada beberapa adab adab dan sunat puasa...... hope useful buat korang ye.....



  • berbuka dengan kurma dan air serta tidak berlebihan dalam makan dan minum
  • segera berbuka puasa
  • bersahur di pagi hari dan melewatkan pengambilannya
  • bersikap dermawan
  • tadarus al-Quran secara konsisten
  • melaksanakan solat Terawih
  • beriktikaf terutama pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • mengejar lailatul qadar
  • mengawal nafsu, mengelokkan perangai dan memelihara lidah
  • menggalakkan keluarga supaya beramal soleh
  • melaksanakan tanggungjawab sosial (mengeluarkan zakat fitrah)



like and leave your comment

alahai nafsu

AS SALAM^^
semua sihat?? harap harap korang sihat je bulan puasa ni............ perkara apa yang paling besar dalam dunia?? jawapannya NAFSU.......nafsu,, lebih lebey bulan Ramadhan agak out of control kannn?? hehe..... especially time buka puasa..... agaknya kalau tak fikir pasal solat Maghrib,, mesti manusia manusia ni tak bangun dari kerusi dan menikmati makanan sampai esok pagi kann?? haha..... tujuan utama puasa tu nak merasai penderitaan orang yang kebuluran dan merehatkan perut.....
fikirfikirkan~

credit to mr Syamim



like and leave your comment

Friday, July 20, 2012

Best People- updated

AS SALAM^^
hari tu kann Nadh ada post pasal best people..... hari tu Nadh post mana gambar yang ada je..... hari ni Nadh upgrade sebab baru dapat idea mana nak curik gambar lagi seorang best friend Nadh ni.....

click here to view the entry

like and leave your comment