Thanks for Visiting

Friday, July 19, 2013

Eh,,jangan rapat-rapat...

AS SALAM^^

Nadh pening lah kepala tengok makhluk Allah ni yang macam takde rasa malu and takde rasa takut kat Allah...
selamba je kot buat maksiat bulan Ramadhan....orang lain tambah pahala,,dia tambah dosa....
sebelum Nadh membebel banyak lagi,,nak jelaskan kat sini yang perkataan maksiat tu merangkumi perkara perkara yang Allah larang....


Dalam Surah An Nur ayat 30 dan 31

Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang perkara yang haram dan menjaga kehormatan mereka."





Dua ayat ni Allah menyuruh manusia untuk menjaga adab antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram terutamanya.... kalau Allah dah suruh,, sah la wajib kena buat kann.... tapi tulah,,,sangat susah untuk mengerti kenapa ada lagi makhluk yang boleh dilabel sebagai TAK SEDAR DIRI sanggup langgar suruhan Allah.... kenapa Nadh kata tak sedar diri? sebab Allah dah ciptakan manusia dari nutfah lepas tu kepada seketul daging lepas tu ditiupkan roh.... Allah mengizinkan manusia membesar menjadi dewasa dengan fizikal yang sempurna... tapi apa manusia buat? manusia buat Allah murka.... kalau orang lain marah tahu pulak manusia takut...tapi kenapa ALLAH MAHA BESAR murka manusia tak takut?

okay,, kat sini Nadh nak share sikit pasal adab pergaulan antara lelaki dengan perempuan...mane lah taw kot ade yang tak tahu halal haram pasal pergaulan ni....tak sampai seru lah katakan.... tapi kalau dah tahu,, jangan buat buat tak tahu pulak,,tak baik....ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan..... orang tak cerdik je yang tak amalkan ilmu ni.... lagi satu,,kalau tak suka sekalipun dengan hukum dan ketetapan Allah,,jangan mengejek balik ye....dosa besar tu,,silap hari bulan boleh terbatal akidah....nauzubillah...

now,,back to main topic

Adab yang perlu dijaga antara lelaki dan perempuan

 Mengeluarkan ucapan yang baik dan sopan. Disebut dalam Al Quran bahawa kita sama sekali ditegah mengeluarkan perkataan yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

 Menundukkan pandangan. Lelaki dan perempuan disuruh menundukkan pandangan khususnya dalam suasana yang takutkan fitnah. Tambahan,,untuk menjaga maruah seorang wanita kerana wanita yang menundukkan pandangan adalah wanita yang amat mementingkan maruah diri.

 Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Seeloknya dalam sesuatu perkara, biarkan lelaki yang mendahului dulu baru diikuti dengan wanita. contohnya ketika hendak menuruni tangga. Tapi, bagi sesetengah perkara,elok dahulukan wanita contohnya selepas solat berjemaah. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah setelah memberi salam baginda tidak terus bangun kerana ingin memberi peluang kepada wanita untuk keluar dahulu.

 Tidak berdua-duaan. Sabda Nabi Muhammad maksudnya, "Janganlah sesekali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali mahramnya."

 Menghindari tempat syubhah. Hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari Imam Bukahri "Tinggalkanlah tempat yang meragukan kamu.." Jangan menetapkan tempat yang sembunyi dan terlindung sekiranya ingin menemui seseorang dalam menyelesaikan hal penting.
Tambahan buat wanita:

 Mengenakan pakaian yang menutup aurat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

 Tidak melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki atau bahasa mudahnya jangan bercakap dengan gaya manja dan mengada ngada.

 Jaga pergerakan. jangan tunjukkan liuk lentok dan lenggang lenggok yang menggoda.


Pergaulan antara lelaki dan perempuan dibenarkan semata mata atas sebab urusan penting sahaja. Firman Allah, "Jangan dekati zina"...Even simpan perasaan kat seseorang  pun boleh dikatan sebagai zina. zina hati... so,,watch out!! Wallahualam...Gudnite^^


like and leave your comment

No comments:

Post a Comment

leave your comment here.thanks.