Thanks for Visiting

Monday, May 11, 2015

Program Guru Muda Siri 1 2015

AS SALAM^^

Malamni Nadh nak cerita pasal satu program yang Nadh join ni . Nama program tu program guru muda. Program tu berjalan untuk tiga hari dari 6 April sampai 8 April.



Kisahnya bermula bila Hafizan cakap nanti ada program guru muda kat sekolah and tetiba rasa macam nak join. Sebabnya nak jumpa kawan kawan lama, cikgu cikgu, and nak kembali ke sekolah menengah Paka tu. Dah bertahun da tinggal.

Pastu dengan muka tak malu nya Nadh wasap kawan Nadh ni nama dia Bawie yang merangkap jiran, volunteer kan diri nak join program tu. Lagipun da lama tak mengajar so rasa macam diri bodoh sangat je. Rasa macam tak berguna. At least kalau join program tu boleh rasa balik perasaan masa zaman kegemilangan dulu. hihihihihi.

Overall, program tu memenatkan tapi SERONOK. Masa tu boleh rasa perasaan cikgu cikgu yang da mengajar bertahun tahun tapi tak pernah penat dan jemu mengajar anak anak murid. BESAR PENGORBANAN CIKGU ni sebenarnya. Program ni secara tak langsung mengajar para guru muda untuk menghargai pengorbanan cikgu. XD

Oh ya Nadh lupa nak bagitahu sape yang terlibat.

Okay, yang terlibat jadik guru muda 

  • of coz laa big boss untuk program ni, Bawie.
  • Hafizan
  • Najwa
  • Alfiana
  • Fikrie
  • Umi Aisyah
  • Faziera
  • Syahidah
  • Anis
  • Syahfinaz
  • FATIN NADHIRAH hehehehehe
sorry kalau ada nama yang tak disebut tapi rasanya macam dah sebut semua.

so guru muda kena ajar budak budak SPM sekolah menengah Paka , kelas 5 amanah, 5 bestari dengan 5 cekal. kena ajar subjek sains tulen.

First day kiteorang kena ajar Chemistry and addmath. and chemistry tu first slot. Macam tak percaya je Nadh ajar budak budak ni chemistry. Padahal dari form 4 sampai dah habis matrik tak boleh get along pun dengan chemistry. Betul laa orang cakap kalau niat kita ikhlas segalanya dipermudahkan. Tapi gerun jugak sebab aku kena ajar budak 5 amanah . and diorang lagi terrer dari aku . maluuuuu

Petang tu subjek addmath antara subjek yang aku suka. Tapi yang naya tu cikgu bagi soalan dengan jawapan je takde jalan kira. Nak nangis masa Bawie cakap takde jalan kira masa dia hantar soalan tu kat rumah sehari sebelum program tu. Kerana sayang aku relakan. Amik pen amik calculator buat jalan kira. Tapi buat 8 soalan je out of 30++ soalan XD

Esoknya time rehat buat ramai ramai dengan kawan kawan . Da macam buat homework pun hade gak. hahahaha

Hari kedua kena ajar physics. yang terharunya bila at first aku kena hantar pegi ajar kelas 5 bestari, adik adik 5 amanah yang aku ajar semalam tu carik aku, nak aku yang ajar diorang. hihihihihihi. aku pun da sayang kat diorang jugak sebenarnya. sebab diorang pandai and buat kerja cepat . and yeah group yang aku ajar tu semua chinese. 

slot kedua sejarah. kiteorang tak handle so kiteorang guna masa free tu nak siapkan soalan addmath untuk slot petang. and masa tu jugak menyirap sebab ada mamat ni kejap cakap nak datang tapi tak datang datang pun. penggal kepala tu karang baru tahu. 

menyirap sebab tak cukup tido jugak. malam tu kena sinus. aigoo. pukul 5 baru tido. da la pakai lens. faham faham jelaa mata tu berat macam tanggung berat 10 tan. haih.

last day aktiviti tak berat sangat. dari pagi sampai pukul 10 tak buat pape pun. kacau presentation biology budak 5 amanah dengan 5 bestari je. pastu pukul 10 ada penyampaian cenderahati dari pihak sekolah untuk guru muda semua. unfortunately guru muda yang menjelma hari tu lima orang je tu pun yang tumpang Bawie XD

lepas penyampaian cenderahati tu, kiteorang disuruh jadik juri untuk presentation budak form 4 pulak sebab juri juri sebelum tu nak balik masak. XD

Bawie bagi lima bintang XD. ps : gambar milik Najwa


susah jugak sebenarnya jadik juri nii. serba salah nak bagi markah. tapi as usual aku yang kedekut markah ni bagi markah rendah je kat diorang.sorry dik. heheh.

okay tu keseluruhan cerita tiga hari tu secara ringkas.

tapi nak highlight kat sini,,

perasaan happy tu bila dapat jumpa balik kawan kawan lama, balik ke sekolah lama, jumpa cikgu cikgu. and yes happy sebab dapat keluar rumah . bukan senang woo kalau tak aku asyik terperap je kat rumah.

by the way, thanks banyak banyak kat Bawie sebab jadik driver aku tiga hari berturut turut, bawak pegi pasar malam, pegi pantai, pusing pusing Paka. setahun lebih aku tak tengok pekan Paka tu.
huhuhuhuhu. 










nah belanja gambar sikit
















XOXO
-Nadh-

like and leave your comment

No comments:

Post a Comment

leave your comment here.thanks.