DOA 1
Menurut Anas bin Malik, apabila Rasulullah s.a.w berhadapan dengan sebarang kesusahan, Baginda akan membaca doa berikut:
Maksudnya: "Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Maha Kekal, dengan rahmat-Mu aku memohon permohonan. Perbaikilah keadaanku seluruhnya dan janganlah engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata."
(Riwayat al-Nasa'i)
DOA 2
Daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w akan membaca doa berikut apabila ditimpa kerisauan dan kesulitan:
Maksudnya: "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Doa 3
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. berhadapan dengan suatu kesusahan yang besar, Baginda akan mengangkat kepala ke langit dan berdoa berikut:
Maksudnya: "Maha Suci Allah Yang Maha Agung."
(Riwayat al-Tarmizi)
Doa 4
Daripada Abu Bakar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w membacakan doa apabila ditimpa kesusahan seperti berikut:
Maksudnya: "Ya Allah aku mengharapkan rahmat-Mu. Wahai Tuhanku, perbaikkanlah seluruh keadaan diriku; dan janganlah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Tiada Tuhan melainkan Engkau
(Riwayat Abu Daud)
sumber: Majalah Solusi
semua yang kat atas tu adalah doa..... untuk Muslim,, doa adalah senjata kita.... so, gunakan doa untuk memohon sesuatu.. semoga doa doa kita yang baik diperkenankan Allah
No comments:
Post a Comment
leave your comment here.thanks.