Thanks for Visiting

Tuesday, January 24, 2012

happily ever after

salam. ni bukan cerita Cinderella ye yang jumpa anak raja and then lived happily ever after.... kali ni Nadh nak post pasal kebahagiaan....... hah?! bukan kebahagiaan rumah tangga ye... Nadh tak pro dalm hal hal macam tu....

untuk sihat dan bahagia, kita diberi beberapa pilihan untuk dibuat. antaranya:

BERIMAN. Daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Memang sangat menakjubkan keadaan orang Mukmin kerana segala urusannya mendatangkan kebaikan baginya dan ini tidak akan berlaku kecuali bagi orang yang beriman. Apabila memperoleh kesenangan dia bersyukur, maka yang demikian itu kebaikan baginya. Apabila ia ditimpa kesusahan ia bersabar, maka yang demikian itu juga kebaikan baginya."
(Riwayat Muslim)

LUPAKAN MASA LALU. Semua yang telah berlaku disebabkan perhatian yang terpaku pada peristiwa silam, merupakan kebodohan dan kegilaan.

JANGAN SIBUKKAN DIRI DENGAN MASA DEPAN. Masa depan masih berada di alam ghaib. Jangan terlalu risau memikirkannya, ia akan datang jua dengan sendirinya. Allah s.w.t berfirman:
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali wali Allah, tiada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak berduka cita"
(Surah Yunus, ayat 62)
Maksud tiada kebimbangan adalah tiada kebimbangan tentang tentang perkara perkara yang belum berlaku. Manakala maksud tidak berduka cita pula adalah susah hati pada perkara perkara yang sudah berlalu.

BERZIKIR. Berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak banyaknya, nescaya anda akan memperoleh ketenangan dan kedamaian sebagaimana maksud firman Allah:
"Orang yang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah ar-Ra'd, ayat 28)

KESEDARAN. Perlu sedar bahawa setiap sesuatu adalah ketentuan qadak dan qadar.

Jangan mengharapkan terima kasih daripada orang lain.

Semua yang berlaku pada diri kita pada hakikatnya adalah baik.

Sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu ada kemudahan.

Jangan berputus asa hanya kerana perkara remeh.

Ja;an keluar kepada penyelesaian sentiasa terbuka dengan syarat bertaqwalah kepada Allah sebagaimana firman Allah bermaksud:
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya."
(Surah al-Talaq, ayat 2-3)
sumber: Solusi isu 21
tu je untuk korang kali nih..... hope korang sentiasa happy and bahagia ye.....

like and leave your comment

No comments:

Post a Comment

leave your comment here.thanks.