Thanks for Visiting

Saturday, August 21, 2010

kebaikan puasa

SELAMAT BERPUASA YA SEMUA!!!

ramai orang yang mengeluh kena puasa.... aik!!!???? korang ni puasa ikhlas ke tak?? maybe korang tak tahu kebaikan berpuasa.... biar Nadh bagi tahu........ information ni Nadh jumpa kat sini......


Sesungguhnya setiap suruhan dan larangan Allah itu tidak sia-sia. Malah dihiasi dengan seribu satu kebaikan bagi mereka yang sentiasa mengkaji dan menginsafi setiap kejadian alam. Sebagai umat yang berpegang kepada syariat-Nya, kita dituntut supaya sentiasa mengkaji hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Maka, ilmu sains dapat memberikan kita penjelasan yang lebih mendalam bagi memahami hikmah bagi setiap kejadian seterusnya meningkatkan keimanan terhadap Alah S.W.T.
Seluruh pakar perubatan telah bersetuju bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka, puasa adalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Dalam bidang perubatan, kesan lapar adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Manusia digalakkan berpuasa walaupun tidak menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan dari racun-racun yang berkumpul di dalamnya.
Selain itu, Dr. Hisyam Ibrahim Al-Khatib, dalam kitab ‘Al-Wafiz Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan juga menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi seluruh pergerakan badan. Oleh itu, penyakit-penyakit seperti seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan seseorang individu. Jadi, berpuasa adalah jalan terbaik bagi memulihkannya kerana dengannya wujud satu sistem baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
Amalan puasa terutamanya puasa Ramadhan merupakan amalan baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu tahap yang dikehendaki. Ditambah pula jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Isnin dan Khamis. Nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang.
Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz, seorang pakar perubatan Islam dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Hasilnya didapati puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan. Dari sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.
Puasa dapat menghakis ketagihan merokok, seterusnya sebagai permulaan yang baik bagi individu yang merokok untuk menamatkan perbuatan membazir dan memudharatkan itu. Jika dilihat, apabila seseorang perokok itu berpuasa, maka dengan keimanan yang ada ia telah mampu mengawal ketagihannya sehingga waktu berbuka.
Dari sini dapat disimpulkan bahawa puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kegendutan. Selain itu, ini merupakan cara terbaik bagi mengurangkan berat badan daripada mengambil pil-pil pelangsing yang mungkin boleh mendatangkan risiko pada tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan seperti ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan di dalam badan dapat dihakis.
Keseluruhannya, puasa dapat mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan sekadar keperluan sahaja. Seterusnya ia juga dapat melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan yang paling menarik sekali ialah dapat menambahkan nikmat dan kelazatan makanan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum. Hebatnya segala syariat yang telah ditetapkan kepada hamba-hambaNya, ayuh kita perjuangkan kedaulatan segala syariat Allah.
Ihsan Mimbar Ulama




like and leave your comment

Friday, August 20, 2010

periksa dah habis

semalam last periksa OTI 3...aduihh..nak demam rasa....
setiap kali periksa memang penyakit demam datang menyerang...
tapi demam..demam juga...blog n sosial web memang tak dilupakan....

oh tidak..kena cepat-cepat sembuh...
setakat ney dah dapat keputusan 4 subjek...3A, 1B...
oh no!!!! lagi 4 subjek tu agak2 A ke B???
i'm dying...
semalam Bawie pindah masuk kelas nad...oh tidakk!!!
kaki buli dah balik...janganlah dia buli nad....mesti tak best nanti...
mommy kata dia pindah sebab kena buli....hahaha....
baru dia rasa macam mana dibuli....
huhu...rugilah dia...sekolah mak lagam tu sekolah baik...
masuk sekolah ni boleh hancuss taw....
hehe...bukan yang hancuss....kelas ni yang hancusss.....
dia masuk je...jadik tonggang langgang kelas.....
pening pale ngan dia tuh.....


like and leave your comment

Thursday, August 5, 2010

Kem Kepimpinan Murid

hmmm...
actually, I don't know what to share...
dah lama tak blogging....

hidup tak lengkap tanpa handphone n kredit n laptop n internet....
hahaha.....
hari Ahad ni nak pergi Marang...ada kem kepimpinan....
actually, nad takut nak pergi sbb kena naik bas....
tp mommy dah suruh pergi...so nad pergi jelah...
lagipun ada Azira...tk kisah sgt....
harap-harap lah tak jadi apa-apa masa dalam perjalanan nanti....
n yg paling penting, harap-haraplah kejadian masa nad darjah enam tak berulang lagi....
kalau tak memang nad meraung lah...hahaha....budak cengeng....
senarai nama budak-budak yang pergi:-
Nathasa
Izzaty
Aima
Azira
Nad
budak lelaki ada empat orang yang pergi,,tapi malas nak taip nama diorang...
nad pergi dari hari Ahad sampai Selasa...
barang penting of coz lah handphone....
matilah nad kalau tak bawa handphone....
huhu...=D

tapi yang tak suka tuh,, sampai kat sane,, urusetia ambil handphone.....
SIGH!

like and leave your comment

Sunday, May 16, 2010

gotong-royong photos n teachers' day

dgn cikgu salawati
dgn teacher marline....

dgn teacher nooradziah...

dgn aida...

dlm library....


gelap muka berjemur punya pasal...

like and leave your comment

tEacHers' DaY

spt yg semua da maklum,hr ni hr guru....
n spt biasa jg di sek ada mcm2 acara yg dilakukan....
best sgt td...mcm2 acara yg cg buat...
lawak n kelakar bila tgk gelagat cikgu main td....
lbh2 lg bila cg perempuan main bola jaring....
lawak sgt...cg salawati yg plg active sekali td....
cg lelaki main bola sepak...tp td tk tgk sgt...
sbb nad n geng duduk kat cg perempuan.....
lps tu ada telematch....kat dataran perhimpunan....
ada musang berjanggut,magic straw n basikal lambat.....
lps tu ada open activity...gol kan bola rugby,bowling tin n hoki....
yg bestnya, dpt bergambar dgn puan marline,puan salawati n puan nooradziah....
masa rehat dpt mkn free...tp nad tk ambil...
biasalah mkn free ni bukannya bersih sgt....
pastu kena masuk dewan....cg2 diarak masuk ke dlm dewan....
dgn pasukan kompang...pastu ada org bersilat atas pentas....
lps tu kena nyanyi 3 lagu wajib setiap mg9u (negaraku,selamat sultan n paka gemilang)
lps tu ada beberapa pelajar yg buat persembahan....
part yg best bila cg2 nyanyi n berikrar....
n habit nad yg biasa, jd camera girl....hahaha...
that's my hobby....jd model n camera girl....
byk gak gambar kwn2 yg nad ambil....
tp nathasa n syamimi aima tk dtg...
kalau diorg dtg, mesti blh bergambar beramai-ramai....
ambil gambar sekelas lg best....


smlm ada gotong royong sempena hari guru....
nad kena ceriakan perpustakaan....
sbb nad pengawas pusat sumber (perpustakaan)...
tp smlm ada beberapa org pengawas pss je yg dtg....
tk sampai 10 org pun....
penat sgt...tp best...hehehe....cg beri kuih n snek...
kwn2 yg lain kena bersihkan kls...kasihan diorg...
nad tk tahu apa jd kat kls tu...tp harap2 kls tu da bersih...
tp ada gak 2-3 org bersihkan tmpat lain....
fieza kena bersihkan blk...(entahlah dia bersihkan blk apa)
hhmmm.....smlm dpt bergambar dlm perpustakaan....
smlm pun dpt mkn free....
smlm gotong royong perdana...semua sklh terlibat....
tu je nak citer

like and leave your comment

Thursday, May 6, 2010

the new me!!!!!!




this is my new blog... kepada follower blog lama,, sorry sangat sangat ya....... bukan apa,, blog tuh rasanya macam tak sesuai untuk bacaan korang........ yelah...... baru jadik blogger.,,,, tak tahu apa apa lagi....... sekarang ni,, Nadh berfikir secara matang sikit...... keputusan da diambil,,, delete blog lama and buat blog baru....... harap harap permulaan baru nih dapat membantu korang.......
bye

like and leave your comment