Thanks for Visiting

Saturday, July 28, 2012

Perindu Cinta Ilahi

AS SALAM^^

hari ni Nadh nak share pasal Rabiatul Al-Adawiyah.....



antara munajat Rabiatul ialah:


“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

source: Rabiatul Adawiyah-Perindu Cinta Ilahi

like and leave your comment

Friday, July 27, 2012

All Ladies,, ATTENTION!!!

AS SALAM^^

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

AN NUR AYAT 31





















sama same lah kita jadik Muslimah SEJATI..... =D

like and leave your comment

Thursday, July 26, 2012

Adab Puasa Bulan Ramadhan

AS SALAM^^
straight to the point.... tak membebel panjang panjang.....ramai orang sekadar berpuasa tanpa memelihara adab adabnya..... tahu takk,, puasa tanpa menjaga adab boleh dianggap sutau perkara yang sia sia..... kat sini ada beberapa adab adab dan sunat puasa...... hope useful buat korang ye.....



  • berbuka dengan kurma dan air serta tidak berlebihan dalam makan dan minum
  • segera berbuka puasa
  • bersahur di pagi hari dan melewatkan pengambilannya
  • bersikap dermawan
  • tadarus al-Quran secara konsisten
  • melaksanakan solat Terawih
  • beriktikaf terutama pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • mengejar lailatul qadar
  • mengawal nafsu, mengelokkan perangai dan memelihara lidah
  • menggalakkan keluarga supaya beramal soleh
  • melaksanakan tanggungjawab sosial (mengeluarkan zakat fitrah)



like and leave your comment

alahai nafsu

AS SALAM^^
semua sihat?? harap harap korang sihat je bulan puasa ni............ perkara apa yang paling besar dalam dunia?? jawapannya NAFSU.......nafsu,, lebih lebey bulan Ramadhan agak out of control kannn?? hehe..... especially time buka puasa..... agaknya kalau tak fikir pasal solat Maghrib,, mesti manusia manusia ni tak bangun dari kerusi dan menikmati makanan sampai esok pagi kann?? haha..... tujuan utama puasa tu nak merasai penderitaan orang yang kebuluran dan merehatkan perut.....
fikirfikirkan~

credit to mr Syamim



like and leave your comment

Friday, July 20, 2012

Best People- updated

AS SALAM^^
hari tu kann Nadh ada post pasal best people..... hari tu Nadh post mana gambar yang ada je..... hari ni Nadh upgrade sebab baru dapat idea mana nak curik gambar lagi seorang best friend Nadh ni.....

click here to view the entry

like and leave your comment

Thursday, July 19, 2012

Specialnya Ramadhan

AS SALAM^^
KAIFAHALUKUM? wahh,, berbahasa arab pulak Cik Nadhirah nie..... sekali sekala,, takde salahkan? belajar bahasa Arab amatlah digalakkan sebab bahasa Arab tu bahasa alQuran....

sebelum Nadh start membebel,,  Nadh nak ucap::
MARHABAN YA RAMADHAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
WELCOME,, RAMADHAN...




Lagi dua hari lagi menjelangnya Ramadhan, InsyaAllah..... korang semua da ready ke nak sambut Ramadhan? first thing to do is ikhlas kan hati untuk berpuasa... bukan apa,, ramai yang berpuasa sebab tengok orang lain puasa... kalau tak puasa takut orang mengata....Nauzubillah.....

satu tahun ada dua belas bulan..... dalam dua belas,, ada satu bulan yang penuh berkat lagi special berbanding bulan bulan lain....... nak tahu sebab apa??

dalam bulan Ramadhan,, adanya malam Lailatul Qadar.... malam ni istimewa sangat berbanding malam malam lain....

dalam bulan Ramadhan,, ada satu peristiwa di mana alQuran diturunkan..... namanya Nuzul Quran.....

dalam bulan Ramadhan,, syaitan dan iblis dibelenggu or erti kata lain diikat....

dalam bulan Ramadhan,, pahala digandakan antara 10-700 kali ganda.......

dalam bulan Ramadhan,, pintu pintu syurga terbuka manakala pintu pintu neraka terkunci......

dalam bulan Ramadhan,, orang yang berpuasa dengan ikhlas,, disediakan syurga Rayyan untuknya dan dihapuskan dosa dosanya yang telah lalu.....

betapa istimewanya Rmadhan berbanding bulan bulan lain..... di kesempatan ini,, Nadh nak mintak maaf kalau ada salah silap yang Nadh dah buat.....

like and leave your comment

Saturday, July 14, 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

AS SALAM^^

pop quiz > kalau nak wat pape,, korang bace basmalah tak??


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


tahu tak,, perkara yang dimulakan dengan basmalah dianggap sebagai satu ibadat walaupun kita nak pakai kasut.....

baca basmalah ni penting taw....

hadis riwayat Muslim daripada Jabir RA:

"Aku mendengar Rasul bersabda yang bermaksud " Jika seseorang memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika memasukinya dan ketika dia makan nescaya syaitan berkata kepada temannya: Tiada rumah dan tiada makan malam untuk kamu semua"
kalau terlupa nak baca Basmalah, cepat cepat baca:

"Bismillahi awwaluhu wal wakhiruhu"

maksud: Dengan menyebut nama Allah awalnya dan akhirnya

semoga menjadi muslim sejati

like and leave your comment

Buat teman ♥

Duhai teman
sekali pun jarak beribu batu
memisahkan kita mungkin di suatu ketika
tetapi ingatlah teman
sebutir biji benih yang baik
di mana pun gugurnya
pasti tumbuh menjadi pohon rendang
menguntum bunga kembang berseri
harumannya wangi mendamaikan
menghasilkan buah yang manis isinya
memberi nikmat bukan hanya pada rasa
tetapi terkandung khasiat bermanfaat di dalamnya

Duhai teman
tiada kata secantik bahasa
tiada madah seindah puisi
untuk kunukilkan rasa hati
betapa kehadiranmu membahagiakan
mengisi ruang-ruang kosong di hatiku
menyingkir nan sepi
walau tidak kulafazkan kasihku
tetapi siapa sebenarnya dirimu telah kuzahirkan
engkaulah teman, engkaulah sabahat

Duhai teman,
pada Ilahi kita pohonkan
moga pohonan itu terus berbunga
menebarkan haruman pada kita
mendamaikan segenap ruang hati
doaku mengiringi perjalanan
semoga engkau gagah berdiri
menempuh ujian dan cabaran mendatang



diambil dari novel yang terdapat dalam perpustakaan SMKML


like and leave your comment

Friday, July 13, 2012

10th July Events


AS SALAM^^

how do you do?? I bet you must be wondered what had happened during 10th July .... 10th July birthday adik Nadh la..... selain tu?? sape sapa yang still bersekolah and dia sekolah kat Malaysia mesti ada jawapan... sempena program 1M1S,,, seluruh sekolah di Malaysia adakan program senamrobik...... tiba tiba Nadh yang pendiam and pasif ni jadik extra hyper active hari tu.....classmate Nadh jadik pelik.... haha.... diorang belum pernah tengok Nadh macam tu.....


lepas tamat acara senamrobik tu,, ada sesi menyiapkan khemah jualan.... sekolah Nadh buat sambutan hari koperasi.... Nadh ditugaskan menyiapkan khemah...... Nadh ahli kelab pusat sumber...... semua kelab terlibat dengan jualan tu..... macam macam benda Nadh buat hari tu...... masa gimik  pelancaran,,, apa yang Nadh boleh kata memang korang akan WHOA!! ....... siap ada flying fox lagi..... 


-SORRY, THE VIDEO IS UNAVAILABLE-


pastu ada pasukan brassband wat persembahan..... as usual,, Nadh sentiasa berseorangan..... da tak tahu nak tuju NADH pun balik kat booth..... tolong orang jual......

malam tu ada malam kebudayaan...... nothing much,, just 4 empat pasukan nasyid (selasa lepas ada saringan nasyid and 4 kumpulan terpilh ke final and berentap masa malam kebudayaan tu) yang terpilih berentap,, persembahan dari nasyid sekolah and persembahan nasyid dari sekolah al-Amin.....

talk about al-Amin nasyeed band,, you have to know this - they all are cute and handsome..... ngee~ ..... mula-mula Nadh ingat diorang penyanyi pop,, rupanya budak nasyid..... dengan t-shirt + jeans sape yang sangka diorang tu kumpulan nasyid...... persembahan diorang ada lebih kurang macam one direction kot..... tapi takde la terkinja kinja tu.....

and sebab da kepenatan,, Nadh pun balik ke dorm walaupun masa tu belum masa untuk pulang..... diorang habis lewat sangat......huhu...... T_T

click here to view the photos

like and leave your comment

10th JULY Events


senamrobik

gerai jualan

artis jemputan

peserta

peserta

peserta

artis jemputan

peserta


like and leave your comment

Saturday, July 7, 2012

Kelebihan Puasa Bulan Syaaban

AS SALAM^^

soalan cepumas :

sape ada puasa sunat bulan Syaaban ni??
da berape hari??

jawab kat diri sendiri lah ye..... bukan Nadh tahu pun.... sape yang puasa tu,, Alhamdulillah.... moga moga Allah terima ibadat korang..... kat sini Nadh nak share pasal kelebihan puasa bulan Syaaban......



Sabda Rasulullah:

Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.


Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya. 

Betapa ruginya bagi sape sapa yang tak puasa bulan Syaaban ni..... kalau tak dapat 3 hari awal, 3 hari pertengahan dan 3 hari akhir,, 1 satu hari pun cukup lah.... kalau dapat sebulan lagi bagus kann......

korang tahu takk,, dalam bulan Syaaban,, setiap doa doa orang beriman akan dimakbulkan.... Umat Islam jugak digalakkan memohon ampun dan taubat .....

hadis Nabi Muhammad:

Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

takkan lah korang nak lepas kan semua kelebihan dalam bulan Syaaban kann?? selamat beribadat.... =)

sumber di sini....

like and leave your comment

Friday, July 6, 2012

Pencemaran Terbaru

AS SALAM^^
korag semua sihat tak?? sebelum Nadh start membebel,, Nadh nak ucap SALAM NISFU SYAABAN.... erk,, maybe da terlambat nak ucap but better late than never...... korang semua puasa tak semalam?? rugi lah sape tak puasa.....!!

Back to the topic



sebelum ni kita dengar pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran darat, pencemaran bunyi, pencemaran makanan, pencemaran thermal je kann..... mungkin pencemaran thermal tu korang jarang dengar..... tak kesahla pasal tu.... sekarang ni Nadh nak bagi tahu pasal kewujudan pencemaran terbaru.... pencemaran ni da lama berlaku,, tapi baru perasan.....



  1. pencemaran NAMA - biasa nya kalau orang tak puas hati kat someone,, dia akan tulis nama orang tu kat kat dalam tandas.... tak pasal pasal nama orang tu dicemari dengan bau bauan yang tidak menyenangkan
  2. pencemaran BAHASA - pencemaran bahasa ni kalau korang nak tengok contoh,, tak payah pergi jaoh jauh.... kat dalam blog ni pun da ade..... hehe..... pencemaran PERIBAHASA termasuk dalam pencemaran bahasa ni.... contohnye, ada udang di sebalik periuk ..... peribahasa asalnya ada udang di sebalik batu....
  3. pencemaran TELINGA - dengar perkara yang bukan bukan tu pencemaran telinga lah.... dengar orang mengumpat or dengar orang cakap perkara yang takde faedah ..... tak pasal pasal telinga korang berdosa......
  4. pencemaran MATA - tengok perkara yang bukan bukan...... 

korang pernah sangka tak selama ni perkara yang berlaku di sekitar kita adalah satu pencemaran...... so,, kita patut sama sama berfikir tentang cara cara mengurangkan pencemaran ni..... agak nye,, cikgu Bahasa Melayu boleh buat soalan "Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Nama"...... isi isi penting : 
  1. jaga kelakuan, 
  2. pengguna tandas dilarang membawa alat tulis ke dalam tandas, 
  3. jangan sewenang wenangnya beritahu nama penuh kat orang, 
  4. hindari sifat tak puas hati terhadap orang lain.....
hehe..


like and leave your comment