Thanks for Visiting

Friday, March 30, 2012

^gonna miss you all^

like and leave your comment

Perpaduan

kat sekolah ada buat contest sempena bulan bahasa Melayu. semua pelajar telah diwajibkan buat sebuah karangan berdasarkan tajuk yang diberi. kat bawah ni ada karangan Nadh..... agak-agak ayat karangan Nadh best ke tak??


Negara indah kita yang tercinta, Malaysia telah mengamalkan perpaduan sejak sekian lamanya iaitu sedari zaman peralihan pentadbiran British ke tampuk pemerintahan anak Melayu. Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua, tercatat maksud perpaduan ialah keadaan atau hal berpadu. Perpaduan juga dicatatkan sebagai persatuan. Namun, dalam Kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat, perpaduan didefinisikan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, perihal berpadu. Perihal berpadu diperincikan sebagai bergabung menjadi satu dan sepakat. Sebelum Tanah Melayu diserahkan kembali kepada tampuk pemerintahan orang-orang Melayu, pihak Inggeris telah menetapkan syarat iaitu penduduk Tanah Melayu mestilah menunjukkan sikap perpaduan untuk mendapatkan kemerdekaan. Hal ini kerana, pihak Inggeris telah berjaya mengesan kemaslahatan dan faedah mempraktikkan perpaduan dalam kehidupan selangkah lebih awal daripada penduduk Tanah Melayu. Perkataan perpaduan juga sinonim atau sama ertinya dengan bekerjasama. Beberapa pepatah Melayu ada menyebut mengenai bekerjasama seperti ‘ibarat aur dengan tebing’; ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’; ‘ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’ dan sebagainya. Bahasa Melayu yang telah menjadi lingua franca di Tanah Melayu sejak sekian lamanya amat kaya dengan pepatah dan peribahasa yang indah nian. Tidak lupa juga pepatah ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Dapatkah kita membayangkan keadaan kita dewasa ini jika syarat yang ditetapkan oleh pihak Inggeris itu tidak kita turuti? Adakah kita masih dijajah oleh mereka? Kemungkinan jawapannya adalah ‘ya’. Perpaduan yang diamalkan rakyat membawa 1001 kemaslahatan kepada seluruh masyarakat. Mengapa tidak kita mendapatkan kemaslahatan tersebut dengan mengamalkan perpaduan dan bukannya hidup seperti kera sumbang atau dalam konteks pepatah, ‘ibarat enau dalam belukar’ yang melepaskan pucuk masing masing?

Perencah dominan kita diminta mempraktikkan perpaduan dalam kehidupan kita adalah kerana seiring dengan maksud perpaduan iaitu bersatu padu, masyarakat akan bergabung menjadi satu. Lagu Satu Malaysia dendangan Ernie dan Ronie sering didengari di corong-corong radio. Dua baris terakhir dalam rangkap kedua lagu tersebut ada menyatakan,
Kerana perpaduan,
Kita masih bersama.
Benarlah bait-bait yang disebut dalam lagu tersebut. Masyarakat negara Malaysia kita yang serba indah ini telah mengamalkan perpaduan dalam kehidupan sejak dahulu lagi untuk mendapatkan kemerdekaan dan sehingga sekarang kita masih dapat menghirup udara kemerdekaan yang dikecapi. Cuba kita singkap peristiwa sebelum merdeka. Penduduk Tanah Melayu bersendel bahu dan bangkit bersama-sama menuntut kemerdekaan daripada pihak Inggeris. Mereka sedar bahawa mereka mesti melepaskan diri daripada dijajah oleh ‘tetamu’ di rumah sendiri. Implikasi daripada perpaduan yang ditanam, rakyat Malaysia dewasa ini hidup dengan aman damai dan harmoni tanpa kongkongan penjajah. Kini, perpaduan masih lagi utuh menjadi amalan rakyat Malaysia ‘ibarat tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’ dan seperti sudah menjadi adat di Malaysia. Jika sudah dianggap adat, moleklah kita menghayati maksud peribahasa ‘biar mati anak jangan mati adat’. Kita perlu sedar dan mencelikkan mata bahawa ramai pihak sedang mengintai peluang di negara kita yang sedang ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan kelompok negara-negara maju yang lain untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di Malaysia. Senjata yang paling hebat untuk mengalahkan pihak-pihak ini ialah semangat perpaduan. Semangat perpaduan yang utuh lagi kukuh ibarat kota A Famosa mampu menggerunkan pihak musuh. Perkara ini menjelaskan maksud pepatah Melayu, ‘bersatu teguh bercerai roboh’.

Alibi kedua yang menunjukkan perpaduan membawa banyak kebaikan adalah dapat menghasilkan graf yang curam yang menaik dalam peningkatan ekonomi negara. Hal ini dapat dilihat dalam kerjasama antara kaum terutamanya dalam perniagaan. Ramai penduduk Malaysia yang berbangsa Melayu menjalankan perniagaan bersama dengan penduduk berbangsa Cina. Hasil kerjasama itu membuahkan hasil yang memberangsangkan. Penduduk berbangsa Cina di negara kita sangat sinonim dengan perdagangan dan perniagaan. Semasa zaman pemerintahan pihak Inggeris, mereka telah memperkenalkan peraturan pecah dan perintah. Pecah dan perintah atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘divide and rule’ adalah satu langkah untuk mengelakkan perpaduan berlaku. Mereka sedar apabila penduduk di Tanah Melayu bersatu, para penduduk akan bangkit dan menentang pemerintahan pihak Inggeris. Orang Melayu disuruh tinggal di kampung dan menjalankan aktiviti sara diri, orang Cina digalakkan berniaga di bandar manakala orang India diminta menjadi polis di estet, kebun dan ladang. Peristiwa ini izhar menjelaskan hipotesis bahawa orang berbangsa Cina mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan dan lebih terampil menguruskan perniagaan berbanding orang Melayu. Justeru itu, kerjasama yang dibina antara orang Cina dan orang Melayu sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengalaman dalam bidang perdagangan dan perniagaan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi negara Malaysia kita. ‘Bersatu bertambah mutu’.

Isi penghabisan untuk kebaikan mempraktikkan perpaduan adalah dapat mengelakkan huru hara berlaku. Apa kata kita cuba singkap kembali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut melakarkan sejarah hitam di negara kita apabila berlaku rusuhan kaum antara penduduk berbangsa Cina dengan penduduk berbangsa Melayu. Natijah daripada peristiwa itu urusan perniagaan di negara terhenti. Ekonomi negara agak merundum ketika itu. Peristiwa itu juga menyebabkan kaum Melayu memulaukan bangsa Cina. Mereka saling tidak bertegur sapa dan semua orang berada dalam ketakutan. Pada ketika itu, negara kita seolah-olah tersekat di medan kegelapan. Keadaan amat meruncing waktu itu. Namun, syukurlah keadaan seperti itu tidak lagi berlaku di negara kita marcapada ini. Mari kita bergerak pula negara seperti Mesir. Baru-baru ini penduduk seantero digemparkan dengan berita di Mesir yang berlaku rusuhan penduduk. Akibatnya, ekonomi negara mereka terhenti seketika. Institut pendidikan terpaksa ditutup sebentar. Pelajar-pelajar dari Malaysia terpaksa dihantar pulang. Beberapa kematian dicatatkan. Ambil masa seminit dan cuba fikirkan perkara ini di sudut sanubari kita. Mahukah perkara-perkara seperti itu berlaku lagi di Malaysia pada waktu sekarang ini? Sanggupkah kita mengahadapinya? Mampukah kita bertahan dengan keadaan yang ibarat seperti hendak berlaku kiamat sedangkan kita tidak pernah menghadapi peristiwa sedemikian?

Konklusinya, untuk mengekalkan keamanan negara, semangat perpaduan antara kaum perlulah dipupuk, disemai dan ditanam dalam diri setiap rakyat. Selain ditanam, semangat perpaduan juga haruslah senantiasa dibaja agar sentiasa tumbuh dengan subur dalam diri setiap insan. Semangat perpaduan yang subur akan menghasilkan buah yang cukup enak untuk dinikmati oleh semua orang. Pepatah Melayu ada menyebut ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya’. Begitulah diibaratkan perpaduan. Di samping itu, perpaduan yang kukuh juga dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara yang subur dan segar. Menyemai perpaduan bukanlah sesuatu yang sukar jika diteliti sebenarnya. ‘Alah bisa tegal biasa’. Pelbagai perkara boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan dalam mujtamak di Malaysia. Aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti bergotong-royong, ceramah dan majlis keramaian sudah mampu menyemai sikap bersatu padu dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana aktiviti seperti ini memerlukan kolaborasi tenaga dan kerjasama sesama penduduk. Kolaborasi ini mampu mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat. Perpaduan yang telah dibina mestilah dikekalkan demi kemaslahatan bersama.


approximately 1043 words


like and leave your comment

Thursday, March 29, 2012

FAKTA



FAKTA: Nescafe 3 in 1 merosakkan buah pinggang dan jantung

ps: minuman favorite Nadh

like and leave your comment

banananana~

SALAM^^
tadi Nadh duk selongkar Internet,, tiba tiba jumpa satu artikel pasal kebaikan pisang...... timbul rasa takzim nak share isi article tu dengan korang.........



  • menjadi sumber tenaga
  • mengubati anaemia
  • mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus dan perut
  • mengubati luka akibat terbakar
  • mengurangkan berat badan
  • mencantikkan wajah secara semulajadi
  • menambah selera makan

untuk keterangan lanjut,, click sini ea....

ps: kepada orang tertentu,, entry ni bukan nak buat awak terasa..... tapi cuma nak share pasal kebaikan pisang je..... tahu takk,,,Nadh fikir dua tiga nak post pasal entry ni..... dear awakk,,, jangan fikir bukan-bukan ye......

like and leave your comment

teaTime!!

hye there^^
I wanna ask you something.... who likes to drink tea?? put your hands up guys......... I enjoy tea very much..... they are supa dupa freshie..... wanna know something?? I've went through a website and found an article

14 KUASA HEBAT TEH / 14 SUPER POWER OF TEA


who dislikes tea must read this.....


  1. mampu menaikkan semangat, daya pemikiran dan ingatan seseorang
  2. menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati
  3. mencegah kerosakan gigi
  4. melambatkan proses penuaaan
  5. memperlahan dan menyekat penbentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak
  6. merangsang saraf pusat dan merangsang kekuatan gerakan tubuh
  7. menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
  8. mengatasi masalah katarak yang dialami oleh mereka yang sudah berusia
  9. melindungi fungsi pembentukan darah
  10. penawar mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerogkong
  11. mengurangi radiasi bahaya televisyen sewaktu menonton televisyen
  12. melindungi daya penglihatan
  13. memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh
  14. menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan
  15. mengekang pertumbuhan sel kanser
Nadh buat ringkas je biar senang nak faham..... macam la korang nak baca panjang panjang kann........ tapi kalau nak keterangan,, boleh click kat sini..... Nadh dapat info ni kat website tulah.....


like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: teh mampu mencegah kerosakan gigi

like and leave your comment

Hadis

Dari Anas RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Telah berfirman Allah Taala:
Wahai Anak Adam! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan dan Aku tiada peduli
Wahai Anak Adam! Andai kata dosa dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu
Wahai Anak Adam! Andai kata engkau datang padaKu dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu padahal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi ini

like and leave your comment

Surah Al Hajj

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu beroleh akan kemenangan"
~surah al Hajj

like and leave your comment

ALAH BISA TEGAL BIASA


❖ sesuatu yang sukar dapat dihadapi jika telah menjadi kebiasaan


like and leave your comment

buang sampah jangan buang bayi..........

SALAM^^

Kosmo- seorang mayat bayi lelaki yang cukup sifat telah dijumpai oleh seorang pekerja pengutip sampah (lebih kurang macam tu lah). mayat bayi itu dijumpai dalam keadaan dikerumuni anjing liar dengan masih bertali pusat. kejadian itu berlaku di sebuah tempat pelupusan sampah di Mak Chili, Kemaman (dekat dengan sekolah Nadh).



⇨  korang tahu takk,, tempat pelupusan sampah tu hanya untuk SAMPAH sahaja bukan manusia..... tak faham betul la,, kalau sampah tu,, korang buang melata lata..... kalo manusia,, suka hati korang je nak buang kat tempat sampah kann...... ada tak korang jumpa tempat pelupusan bayi?? takde kann?? so,, tu makna nye bayi tak boleh dibuang.....

like and leave your comment

Wednesday, March 28, 2012

nowadays.....

SALAM^^

ngee~ da lama tak membebel kat sini..... korang rindu Nadh tak?? takpela kalau tak rindu.... huk huk.... T_T ='( ........ cewahh!!! merajuk pulak budak pendek ni........ okey okay..... tak maw majuk majok..... muka awak tu da la sedia masam..... kalau merajuk tu sama macam perah limau kat muka.......haish!!

hhmmmm........ *(panjang benar fikir)* nak membebel pasal ape ek malam yang sejuk beku ni??  hah!! da dapat idea.....

$$$$$

Nadh lahir pada tahun 1996 dan zaman remaja Nadh ialah sekarang........ walaupun begitu,, Nadh sendiri tak faham dengan manusia zaman sekarang ni..... pelik pelik sangat la..... dari segi perangai, fesyen, etc...... semua nye pelik pelik......... okey..... kita cerita satu per satu........

orang zaman dulu muda muda da kawin da ada anak.... orang zaman sekarang ni,, muda muda da ada anak,, tapi belum kawen......

orang zaman dulu terutamanya perempuan,, duk dalam rumah je.... zaman sekarang ni,, perempuan keluar rumah sampai pukul 3 or 4 pagi..... kadang kadang ada yang tak balik.......

sekarang ni,, hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga semakin renggang sebab kehadiran gadgets yang tersangat amat canggih....... dulu,, orang orang dulu dulu main dengan ahli keluarga,, adik beradik je......

orang zaman sekarang ni ramai da jadi copycat..... ramai yang tiru cara barat....... dari budaya,,,, perangai,,, pakaian,,, way of life,,, etc......... copycat is really a suitable word isn't it??

sekarang ni maksiat berlaku di mana mana....... Nadh rasa macam nak cucuk mata Nadh guna garfu je.... haha... nanti jadi Nadh Selamat..... wakakaka..........tapi Nadh memang tak suka keadaan sekarang ni..... tak selesa sangat....... mana mana tempat semuanya ada berlaku maksiat..... dalam surau pun........ Nadh tak tahu tempat mana yang tiada maksiat selain rumah..... =(

parents Nadh kata dulu surrounding temperature sejuk sangat sangat..... kalau pagi tu dalam pukul 8 sejuk macam pukul 5 waktu sekrang ni...... perbezaan yang amat ketara.......

kalau 10 tahun lepas,, greenery melata lata....... sekarang ni,, nak jumpa daun kering pun payah.......

cuba korang fikir,, agak agak,,, mana lagi best....... zaman dulu ke sekarang?? boleh tak kita kembalikan segala yang ada pada zaman dulu ke waktu sekarang ni?? kecuali dinosaur......

like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: buah anggur mampu mengurangkan risiko serangan jantung

like and leave your comment

Wordless Wednesday



like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: bawang putih mampu menurunkan kadar kolestrol

like and leave your comment

winduwinduwindu

lame tak berblog.... dear blog,, saya winduu cangat cangat kat awak...... hik hik..... gedik je.... ada beberapa kelainan nampak nye..... =D

like and leave your comment

Saturday, March 17, 2012

^^entry baru akan muncul dalam masa dua minggu lagi^^

like and leave your comment

Friday, March 16, 2012

gila?!


haha..... take a look at the above photo?? tak caye pulak Nadh cuma online selama 17 JAM 16 MINIT..... rasanye macam Nadh online lama yang amat sampai parents bising,,
Nadhirah ni kalau balik rumah takde keje laen.... online je....
hihi...... agak agak kalau minggu ni berapa lama Nadh online?? kih kih kih..... ada tak orang yang online lagi lama daripada Nadh??

like and leave your comment

Thursday, March 15, 2012

untitled


payah nye diorang nak faham........ dua tahun!! dua tahun!! aku tak kisah aku suffer kat tempat tu..... tapi pelajaran aku camne?? takkan aku nak stay bodoh je kat situ?? mungkin agak kasar,, tapi aku tak tahu perkataan apa yang aku nak guna.... aku rasa tu lah yang paling sesuai..... diorang macam tak kisah pasal pelajaran aku...... suka hati aku nak belajar camne?? masalahnya,, hati aku langsung tak suka belajar macam tu......aku bosan dengan hidup camni..........kalau soalan senang pun aku tak boleh nak jawab,, apa lagi soalan susah.... diorang kata mula-mula memang macam tu..... masalhanya,, mula-mula ni pun aku da ketinggalan..... lagi lama lagi banyak belajar..... lagi banyak aku tak faham..... lagi jadik bengong aku....... aku da cakap terang terang..... bukan aku cakap india ke belit belit ke...... susah betul cakap dengan orang tua ni........geram tahap gaban;

like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: pengambilan minuman kopi yang berlebihan boleh menyebabkan badan kehilangan kalsium yang membawa risiko osteoporosis



like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: epal mampu mengelakkan kerapuhan tulang

like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: berendam selama setengah jam dalam air suam mampu menurunkan 13% paras gula dalam darah

like and leave your comment

Wednesday, March 14, 2012

FAKTA

FAKTA: kesan radiasi telefon bimbit lagi bahaya daripada kesan bahaya merokok

like and leave your comment

FAKTA


FAKTA: terdapat lebih daripada 31 900 species ikan

like and leave your comment

FAKTA

FAKTA: melihat kehijauan boleh memperbaiki penglihatan


like and leave your comment

FAKTA

FAKTA: air sejuk boleh mengganggu sistem pencernaan

like and leave your comment

Sunday, March 11, 2012

tekan [ctrl + c] pastu [ctrl + v]

ramai orang bagi link suruh bukak blog dia pastu follow kalau rajin...... haha...... perkataan kalau rajin tu memang ada....... habes tu kalau tak nak follow tanda kita malas ke?? hmm.... malas nak comment lebih lebih........ tapi kalau orang bagi link Nadh memang akan follow.... mana la tahu kann,, kalau blog dia orang tu ada useful information untuk Nadh....... kita ni sebagai manusia mesti menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan......... Nadh akui Nadh ni masih kekurangan ilmu........ jangan jadi seperti orang bodoh tapi berlagak pandai yer....... TAK ELOK!!

Nadh tak nak membebel pasal tu........ tapi pasal tajuk utama.......

tekan [ctrl + c] pastu [ctrl + v]

cuba korang try tekan [ctrl + c] pastu tekan [ctrl + v]........ keluar ape?? takde pape kann....... sebab korang tak highlight mana mana ayat or bla bla bla....... cuba korang cari mana mana artikel,, pastu korang highlight kan mana mana yang korang rasa menarik..... pastu bukak microsoft word pastu tekan [ctrl + c] pastu [ctrl + v] ......... mesti ayat yang korang highlight tu keluar kat microsoft word tu kann......... tak pun kalau korang nak highlight semua benda yang ada kat website tu,, tekan [ctrl + A]..... pastu tekan [ctrl + c] pastu [ctrl + v] ..........
sekadar nak ajar je........ mana tahu ada orang yang tak tahu function keyboard kann........

Nadh bukan nak bukak kelas tuisyen komputer kat sini........ tapi tu mukadimah je....... sebenarnye,, Nadh nak cerita pasal copy paste........... [ctrl + c] untuk copy and [ctrl + v] untuk paste......... banyak blog yang Nadh bukak,, template dia guna copy paste........

maybe template tu lawa....... so, diorang pun copy paste template tu and letak kat blog diorang...... so,, blog diorang akan jadik lawa....... okey,, Nadh tak nak comment apa apa pasal tu....... tapi,, copy paste template ni jelas menunjukkan kita ni tak kreatif........ haha..... Nadh pun tak kreatif...... Nadh akui,, blog Nadh memang entah apa apa.........

tapi,, pada pandangan Nadh,, lebih elok jika blog kita hias sendiri.... baru rasa kepuasan daripada copy paste template..... lagi pun,, template yang kita copy paste tu maybe da ada orang guna........ Nadh dah jumpa beberapa orang yang guna template sama........ macam nak gelak pun ade gak........

kalau kita hias sendiri,, secara automatik,, blog kita akan jadik limited edition... *(membaham ice cream)* unless,, kalau ada copy cat yang nak copy template bulat bulat termasuklah background and header..... wakakaka.......

Nadh tengok template yang di copy paste ni macam tak original..... ofc la..... and macam tak fresh jugak..... macam tak limited edition and macam macam lagi lah........

memang la template copy paste lawa...... yela,, orang yang kreatif wat template pastu letak kat gallery template........ bagi kod HTML untuk dicopy dan dipaste........ template template yang lawa ni boleh buat blog kita jadik HOT! tapi buat apa HOT! tapi bukan hasil sendiri kann???

*fikirfikirkann*


like and leave your comment

10 Food that Can Make You Sick

Salam^^

da lama tak membebel kat sini..... biasanya Nadh membebel kat dalam dorm *(haha,, paling tua dalam dorm kann)* and membebel kat adik adek je..... agak agak korang rindu nak *baca* bebelan Nadh?? wakakakaka..... mana ada orang suka dengar or baca orang membebel kann...... buang masa je kann........

tadi Nadh usha kat YAHOO!! hihi...... biasa lah,, kalau nak cari newest news memang Nadh akan guna Yahoo!! tapi kalau nak carik info Nadh guna google........ well,, semua benda ada kelebihan dan kekurangan sendiri.... Nadh pun macam tu jugak.....

back to the story~
usha punya usha,, Nadh pun jumpa la satu artikel ni..... tajuk nye 10 FOODS THAT CAN MAKE YOU SICK!! this is not sick which has the same meaning with angry and furious.... but this 'sick' means unwell....... the article sounds interesting to me...... we as human being have to alert with all these things..... we only have to spend a few minutes to read the article.... it is worth than spending our whole life with diseases..... unfortunately,, people nowadays rather put it aside.....

okey okay...... stop babbling Nadhirah!! go on with the main point

can you believe that leafy greens that we assumed as the most helpful food in our life can make us sick?? haha.... it is a fact!! however,, it does not mean that we can't eat the greens.... the food make us go out of shape only when we eat it without wash it first....... the greens can be contaminated with manure, dirty water rinses, etc.......

we are advised to consume an egg a day..... egg contain various types of nutrients which is certainly help us to stay healthy and ensure a normal growth..... but,, it can act the other way if you eat it raw.... make sure you have cook the egg before you eat it......

the tunalicious may make us sick too..... this type of fish may contaminated with scombrotoxin which causes flushing, headaches and cramps.....  if it is stored above 60 degrees after being caught,, fresh fish can release the toxin which can't be destroy during cooking....

oysters that served raw may contaminated with germs..... they also may be contaminated during filtering....

potatoes are easily get cross-contaminated (the transfer of germs from one type of food to others).......  so, be careful guys.......

contaminated cheese (Salmonella or Listeria) may cause miscarriage..... for those who are expecting,, be careful with the cheese you eat..... these cases are often reported happen at the restaurant......

I almost get my goat once I learn that ice cream also listed as the food that can make us sick...... it is really make me sick..... whoa!! the explain is as follow:


I scream, you scream. We all scream from ice cream? Ice cream has been linked to 75 outbreaks caused by bacteria like Salmonella and Staphylococcus since 1990, according to the CSPI.
The largest outbreak occurred in 1994, when a batch of pasteurized ice cream premix was transported in a Salmonella-contaminated truck, and then used to make ice cream without re-pasteurizing.
“People are making ice cream at home and using raw eggs in the household,” explains Hedberg.


the innocence tomato too.... Hedberg said:
“Lettuce or tomatoes may be contaminated, but once they enter a household, you can make sure that you don’t allow the bacteria to grow and multiply,” 

avoid eating raw sprouts.... it may be contaminated via the seeds used to produce the sprouts whether in the field, water, etc.......

yummy berries also........ a few cases were reported at the California and Guatemala about contaminated berries..............

although those foods are listed as the foods that can make us sick,, but they still can be eat in condition,,, they are already cooked and pasteurized.......
credits

like and leave your comment